PADA 9 Oktober, saya dan konco-konco berangkat ke Bagan Pinang untuk mempromosi Gedung Kartun disamping membantu berkempen untuk calon PR menentang seorang calon yang rasuah dari sebuah parti korup. Kami berkemah di ...markas di Teluk Kemang berhampiran Marina Resort.
Markas ini diusahakan dan dibangunkan oleh Chegu Bard bersama teamnya (salut kepada Chegu Bard).
Selama tiga jam berturut-turut orang ramai tidak putus-putus mengunjungi gerai kami, ada yang meminta tandatangan saya, ada yang meminta untuk bergambar dengan saya. Jawaban saya. boleh, tetapi bersyarat:
"Jika yang tempatan, mesti beri undi kepada calon PR, kalau yang datang dari luar, saya mahu mereka berjanji untuk membantu kempen PR". Kerana satu undi untuk BN, bererti satu undi untuk rasuah.
Jawapan yang saya dapat sangat jelas malah cukup mengharukan. Ada yang datang dari jauh; Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor, Melaka, Perak, Selangor, Pahang, Perlis malah dari Sabah dan Sarawak.
Sepasang makcik-pakcik memberitahu saya, sudah seminggu mereka menutup kedai makanan di kampung di utara untuk bersama membantu calon PR.
Ada yang berkata mereka tidur dimana saja yang sempat, surau atau masjid atau MTD. Ada yang datang menggendong anak yang masih kecil, ada yang kurang upaya dan berusaha datang walau kemampuan fizikal terbatas.
Saya lihat sorot mata dan bicara yang cukup jujur. Saya melihat ribuan hati sebening embun dan jiwa sekukuh waja. Mereka tidak mendapat sebarang ganjaran material malah terpaksa mengorbankan wang dan masa sendiri untuk membantu calon PR.
Apa mesej yang kita dapati? ADA YANG LEBIH BERNILAI DARI WANG. Mereka adalah wira-wira tak berdendang. Saya percaya kekuatan ghaib jiwa mereka adalah senjata ampuh yang menewaskan Umno/BN dalam siri-siri pilihanraya selama ini. Saya yakin Bagan Pinang akan berjaya dirampas.
Pada malam itu saya menandatangi otograf lebih 300 naskah Gedung Kartun dan lebih 20 helai T-Shirt.
Alhamdulillah, kutipan yang memberangsangkan dan bolehlah membantu membiayai operasi kami. sebuah syarikat kecil yang penuh dengan dugaan dan kesempitan.
Kami sampai di rumah kira-kira jam 3 pagi. Saya salut kepada konco-konco; Jonos, Ronasina, Naza, Israq dan Naza yang bertungkus lumus membantu, mereka adalah simbol tunjang Gedung Kartun
MAKLUMAN: Seluruh stok Gedung Kartun cuma berbaki 300+ naskah saja lagi. anda boleh memesan Gedung Kartun melalui email gedungkartun@gmail.com. (Harga termasuk pos RM5).
Cara-cara bayaran: Bankinkan jumlah pembayaran kepada ke SEPAKAT EFEKTIF SDN.BHD. No akaun : 5142 5333 3006 ( Maybank)Sila sertakan bukti pembayaran di email berkenaan. Terima Kasih.Sementara itu kepada mereka yang telah membuat tempahan, jangan risau; pesanan anda akan sampai ke peti surat anda tidak lama lagi.
Dapatkan Sekarang!
Konco kepada Zunar dan Konco-konco
Konco Zunar!
Apa-apa tentang kartun, kami akan lakukan! Sebarang pertanyaan hubungi kami di talian 03-22744931
Siapa Kami?
KAMI adalah sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia.
Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, kami juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.
Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Nazar, Israq dan lain-lain sebagai permulaan.
Zunar Dan Konco-Konco adalah tapak blog sementara bagi tujuan promosi sebelum pengujudan sebuah laman web yang akan didirikan segera.
Apa Yang Kami Buat?
Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Kami juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.
No comments:
Post a Comment