UNTUK promosi Gedung Kartun di Tanjong Malim (11 Oktober 09), saya dan konco-konco; Jonos, Ronasina, Naza, Israq dan Art (konco baru) ke Kampung Slim Dara, lebih 10 Km dari exit Behrang. Ia adalah sempena majlis Hari Raya ...anjuran PKR di situ dengan ucaputama oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim.
Walau pun kehadiran hadirin sekitar 300 orang tetapi kebanyakan mereka adalah orang tempatan-itu sesuatu kejayaan bagi pihak penganjur kerana kebayakan mereka mungkin tidak mendapat akses maklumat terkini dan perlu didatangi.
Apabila sahaja kaunter dibuka pada pukul 2.30 petang, gerai kami mula dikunjungi orang ramai. Seperti yang dijangka tidak ramai yang mengetahui kewujudan Gedung Kartun. Sepanjang program, saya mengambil peluang untuk menjelaskan sambil memberi penerangan bahawa inilah majalah kartun pertama yang diharamkan, dan tidak ada terjual di pasaran. Saya juga memberi update kepada mereka situasi di Bagan Pinang.
Saya kemudian tak putus-putus sain otograf di majalah dan T-Shirt, Art sibuk melayan permintaan karikatur, Naza jaga duit, Israq jaga stok dan ambil gambar manakala Ronasina dan Jonos membuat demonstrasi.
Sedar tak sedar, lebih 100 Gedung Kartun dan 20 T-Shirt juga terjual: itu sangat memberangsangkan bagi kawasan yang dikira pendalam seperti ini! Di akhir program, kira-kira pukul 6 petang baru saya dan konco-konco ada kesempatan untuk makan.
Saya lihat para AJK bertungkus lumus menyediakan makanan untuk tetamu, bertugas memastikan semua yang diatur berjalan lancar dan pada sebelah petang mengutip sampah. Ada yang memberitahu bahawa mereka telah mula bertugas tak berhenti-henti sejak tiga hari lepas. Walau pun keletihan, saya lihat kepuasan di wajah mereka kerana apa yang diusahakan mencapai matlamat.
Terima kasih juga diucapkan kepada tuan rumah, Haji Meor Abd Ghani dan isteri Hajjah Faridah Mohd Shariff dan keluarga yang telah menyediakan halaman rumah mereka untuk dijadikan tapak program.
Bagitu juga kepada kedua orang kuat, Puan Ila dan Lim Chi Sang. Tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka adalah pejuang. Walau pun sumbangan mereka mungkin hanya ibarat setitis air di lautan, tetapi setidak-tidaknya mereka turut menciptakan ombak!
MAKLUMAN: Seluruh stok Gedung Kartun cuma berbaki 300+ naskah saja lagi. anda boleh memesan Gedung Kartun melalui email gedungkartun@gmail.com. (Harga termasuk pos RM5).
Cara-cara bayaran: Bankinkan jumlah pembayaran kepada ke SEPAKAT EFEKTIF SDN.BHD. No akaun : 5142 5333 3006 ( Maybank)Sila sertakan bukti pembayaran di email berkenaan. Terima Kasih.Sementara itu kepada mereka yang telah membuat tempahan, jangan risau; pesanan anda akan sampai ke peti surat anda tidak lama lagi.
Dapatkan Sekarang!
Konco kepada Zunar dan Konco-konco
Konco Zunar!
Apa-apa tentang kartun, kami akan lakukan! Sebarang pertanyaan hubungi kami di talian 03-22744931
Siapa Kami?
KAMI adalah sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia.
Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, kami juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.
Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Nazar, Israq dan lain-lain sebagai permulaan.
Zunar Dan Konco-Konco adalah tapak blog sementara bagi tujuan promosi sebelum pengujudan sebuah laman web yang akan didirikan segera.
Apa Yang Kami Buat?
Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Kami juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.
No comments:
Post a Comment