Tuesday, December 8, 2009

Surat kepada pelanggan!

Tuan/puan pelanggan yang dihormati,

TERIMA kasih kerana melanggan Gedung Kartun. Sebagai makluman masalah permit penerbitan Gedung Kartun dengan pihak KDN masih belum selesai.

Sehubungan itu, Sepakat Efektif terpaksa mengambil langkah meneruskan penerbitan Gedung
Kartun dalam bentuk buku dengan judul yang terpaksa ditukar kepada Perak Darul Kartun.

Ini terpaksa dilakukan kerana penerbitan sesebuah buku tidak memerlukan permit penerbitan. Dan kerana itu juga beberapa perubahan terpaksa dilakukan untuk menyesuaikan dengan format buku iaitu penambahan muka surat kepada 84 dengan harga pasaran RM10 senaskah.

Sehubungan itu, saya berharap tuan/puan mengerti masalah yang kami hadapi dan dapat menganggap Perak Darul Kartun adalah sebahagian dari pembayaran yang anda buat untuk melanggan Gedung Kartun.

Yang benar

Zunar

4 comments:

  1. Menantikan naskhah saya dengan penuh debar!

    (http://mudin001.com)

    ReplyDelete
  2. Salam 2 all....
    Kalo tuan kata nak tambah lg harga langganan pun, ana tadak kesah lah...seni pun satu perjuangang jugok tu...

    ReplyDelete
  3. Selamat berjuang. Semoga terus sukses. Saya dah pesan 3 buku/majalah penerbitan Sepakat Efektif. Tak sabar2 nak terima dan baca.

    ReplyDelete
  4. ok no problem. aritu saya bayor rm40 utk setahun langganan.

    tapi dgn rega baru rm10 senaskah buku ni, samada:

    i. brp perlu saya tambah utk kekalkan setahun langganan?

    atau

    ii. kalu harga langganan yg asal dikekalkan (tidak ditambah RM), brp jumlah langganan yg saya layak terima?

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin