Thursday, December 10, 2009

JEMPUTAN KE PELANCARAN PERAK DARUL KARTUN


klik peta untuk imej besar

Dengan segala hormat kami menjemput anda untuk menghadiri majlis pelancaran Perak Darul Kartun.


Tempat Pelancaran: Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur

Tarikh: 13 Disember 2009

Masa: 4 Petang

Majlis perlancaran akan disempurkan bersama oleh bekas Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

Majlis turut akan dihadiri oleh seluruh tenaga kerja Perak Darul Kartun yang diketuai oleh Kartunis terkemuka, Zunar serta penyumbang-penyumbang karya yang lain.

Saudara/saudari, dijemput hadir dan dapatkan majalah eksklusif ini berserta tandatangan dari kartunis-kartunis dengan harga RM10 ketika majlis pelancaran!

Hanya RM10 setiap naskah Lebih tebal, lebih padat, lebih hangat. Klik sini untuk membeli secara online

Tuesday, December 8, 2009

Penerbitan buku "Perak Darul kartun"

Memandangkan tidak ada respon positif dari pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartun, Sepakat Efektif terpaksa meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain. Kami dengan ini mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK).

Kenapa kami memilih buku? Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya.

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.

Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis.

Kami percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik.

Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya.

Sehubungan itu, kami akan terus menghasilkan kartun-kartun alternatif dari masa ke semasa biar pun menghadapi berbagai rintangan.

Kandungan

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” yang memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa, tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.
PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.

Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”.

Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka”.

PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tenaga Kreatif

1. Ketua Editor/founder: Zunar (Zulkiflee Anwar Haque)
2. Ronasina (Mohd. Affandi Ramli): Editor, kartunis
3. Jonos (Nor Azlin Ngah): Ketua Pelukis/Kartunis
4. Art (Azhar Saad): Kartunis, Pelukis Cover
5. Orangorang (Azlan Isa): Kartunis dan colourist
6. Naza (Nazruddin Abu Bakar): Pereka Grafik Kanan


Kartunis penyumbang: Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Penulis penyumbang/kolumnis: A Samad Said, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Surat kepada pelanggan!

Tuan/puan pelanggan yang dihormati,

TERIMA kasih kerana melanggan Gedung Kartun. Sebagai makluman masalah permit penerbitan Gedung Kartun dengan pihak KDN masih belum selesai.

Sehubungan itu, Sepakat Efektif terpaksa mengambil langkah meneruskan penerbitan Gedung
Kartun dalam bentuk buku dengan judul yang terpaksa ditukar kepada Perak Darul Kartun.

Ini terpaksa dilakukan kerana penerbitan sesebuah buku tidak memerlukan permit penerbitan. Dan kerana itu juga beberapa perubahan terpaksa dilakukan untuk menyesuaikan dengan format buku iaitu penambahan muka surat kepada 84 dengan harga pasaran RM10 senaskah.

Sehubungan itu, saya berharap tuan/puan mengerti masalah yang kami hadapi dan dapat menganggap Perak Darul Kartun adalah sebahagian dari pembayaran yang anda buat untuk melanggan Gedung Kartun.

Yang benar

Zunar

TERBARU!!! PERAK Darul Kartun!!!


Terbaru!!!

Perak Darul Kartun

Memandangkan tidak ada respon positif dari pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartun, kami dengan ini mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam format buku dengan tajuk "Perak Darul kartun."

Hanya RM10 setiap naskah

Lebih tebal, lebih padat, lebih hangat.

Pesan sekarang di sini

Thursday, November 5, 2009

GK di Karnival Jom Undi, One Utama esok! 7 Nov

GK akan turut mengambil bahagian dengan karnival Jom Undi di Rainforest, Lower Ground, New Wing One Utama bermula jam 12 Tengah Hari! Dapatkan GK disana dan jom meriahkan suasana bersama kami ; Zunar Kartunis Ronasina Kartunis Jonos Pelukis. Selain itu ada persembahan dari Bittersweet, Couple, Seven Collar T-Shirt dan lain-lain band Indie!

Tuesday, October 27, 2009

Gedung Kartun di Batu Maung!

SEKITAR PROMO GK DI BATU MAUNG PENANG

\













Monday, October 26, 2009

Selepas di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, Konco Zunar akan mempromosikan Gedung Kartun di Shah Alam minggu ini!

Tarikh : 30 Oct 2009 2009 (Friday)
Masa: 3pm
Tempat : Perpustakaan Raja Tuan Uda,Persiaran Bandaraya Shah Alam
sebarang pertanyaan hubungi
ISRAQ 0172099930

berikut adalah gambar promo GK hujung minggu lalu di Perak:






Tuesday, October 20, 2009

Promo Gedung Kartun Caves

sukacita dimaklumkan,
Konco Zunar akan mempromosikan GK di lokasi berhampiran anda.


25 OKTOBER 2009
DEWAN MASYARAKAT TAMAN SELASEH FASA 2,
BATU CAVES SELANGOR.

MULAI JAM 9.30 PAGI!

Sebarang pertanyaan hubungi konco kami
Israq di talian
0122099930

Wednesday, October 14, 2009

Promo Gedung Kartun, minggu ini!

Rumah Terbuka Facebook

17 Oktober

3 Petang - 6 Petang

Vistana Hotel
----
Rumah Terbuka Lembah Pantai

18 Oktober

10 Pagi - 2 Petang

Bangsar Sport Center
Jalan Terasek 3 , Bangsar , Kuala Lumpur


pertanyaan hubungi;
Israq:0172099930

Tuesday, October 13, 2009

Lagi Eksklusif TSHIRT Mr Presiden (Keluaran Terhad)

Kod Tshirt: MR President
Terdapat dalam Size: XS/M/L / XL /XXL
HARGA: RM25.00 + RM5 (Penghantaran melalui Pos)



Bagaimana Untuk Dapatkan?

1. Hantar kepada: gedungkartun@gmail.com dengan menyatakan topik "Tshirt ".

Selain itu pastikan email anda mengandungi butir-butir berikut:

2. Nama Anda:

3. Alamat:

4. No Telefon:

5. Email:

6. Nota permintaan (sekiranya ada):
(contohnya anda mahukan tandatangan kartunis).

9. Jumlah pembayaran


CARA PEMBAYARAN

1. Maybank: Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2U atau terus masuk ke dalam akaun kami, Maybank atas nama Sepakat Efektif Sdn Bhd Ac No: 5142 5333 3006 .

2. Mengeposkan cek atau wang pos ke 153-1 Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Cek atau wang pos mesti atas nama Sepakat Efektif Sdn Bhd.

PENGESAHAN PEMBAYARAN

Sekiranya melalui Maybank, anda diminta mengemukakan bukti pembayaran dengan cara email atau faks kepada kami salinan resit pembayaran. Tempahan anda akan mula diproses hanya selepas menerima pengesahan ini.

PENGHANTARAN

*Tshirt akan dipos kepada anda dalam masa 2 hingga 3 hari waktu bekerja selepas pengesahan pembayaran. Tshirt anda melalui perkhidmatan kurier, samaada pos ekspress atau lain-lain syarikat.

* Kos Penghantaran:
RM5 bagi bagi SELURUH MALAYSIA
Blog Widget by LinkWithin