Tuesday, September 1, 2009

Kita simpati Ronasina



Ronasina, salah seorang konco penting dalam Gedung Kartun sejak dua minggu lepas terpaksa berkampung di Hospital Serdang kerana menjaga kedua-dua anaknya yang sedang dirawat di sana.

Hampir setiap hari beliau tidur baring, berbuka dan bersahur di situ dan bergilir-gilir dengan isterinya, Sham yang terpaksa menjaga jedai mereka di Kajang.

Anak beliau An Nur (6 tahun) dan Anissa (8) dirawat disitu kerana sesak nafas. Sebenarnya, kedua-dua mereka mengalami kecacatan fizikal sejak kecil-tidak boleh berdiri, berjalan atau bercakap.

Selain menjadi editor Gedung Kartun, Ronasina bersama Sham adalah dua reformis yang cekal dan sentiada menghadiri perhimpunan aman bersama anak-anak mereka.

Ketika menziarah mereka, timbul rasa keinsafan yang mendalam tentang betapa besar ujian Allah kepada mereka berdua dan betapa tabahnya hati mereka menempuhnya. Kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada An Nur dan Anissa tiada ternilai.

Gedung Kartun merakamkan simpati kepada Ronasina dan Sham dan berharap mereka
tetap tabahkan hati menempuh dugaan. Ronasina boleh dihubungi melalui nombor 016
6094079, 016 2525597.
Lawati juga blog untuk lebih lanjut http://kulupsakah.blogspot.com/

--- Zunar dan konco-konco

2 comments:

Blog Widget by LinkWithin