Sunday, July 19, 2009

KARIKATUR & T-SHIRT AKAN MENYUSUL

SALAM semua, terima kasih atas sokongan permulaan yang agak menggalakkan dari pengunjung semua. Sokongan awal, sangat bermakna bagi kami sebagai peluncur semangat.

Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini, blog ini ada satu tapak ke arah pembinaan sebuah laman web yang akan mengendalikan, memproduksi dan menjual produk-produk berasaskan rekabentuk kartun serta menyediakan khidmat kepakaran 'seni lukisan kartun' untuk mereka yang memerlukan.

Kami berharap sebuah laman web yang lebih tersusun akan dapat dilancarkan awal Ogos ini, jika semuanya berjalan lancar.

Dalam pada itu, kami juga merancang untuk memperkenalkan dalam waktu terdekat perkhidmatan melakar kakarikatur anda secara online.

Juga T-shirt yang berekabentuk lukisan kartun, yang akan menggunakan kartun-kartun lukisan Zunar sebagai permulaan. Tunggu kemunculannya. Sekali lagi terima kasih daun keladi kerana sokongan.

2 comments:

Blog Widget by LinkWithin