Tuesday, July 14, 2009

Selamat Datang!

Siapa Kami?

KAMI adalah sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia.

Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, kami juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.

Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain sebagai permulaan.

Zunar Dan Konco-Konco adalah tapak blog sementara bagi tujuan promosi sebelum pengujudan sebuah laman web yang akan didirikan segera.


Apa Yang Kami Buat?

Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Kami juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.

Buat permulaan kami menyediakan:

1. Kelas Melukis Kartun

2. Tempahan untuk menjalankan / menguruskan aktiviti / menguruskan aktiviti melukis / peraduan melukis untuk hari keluarga / sambutan DLL

3. Melukis karikatur (akan datang)

4. Lain-lain produk akan menyusul


Maklumat lanjut / pertanyaan, hubungi kami di talian 03-22744931 atau emel kami di editorkartun@gmail.com

9 comments:

  1. Good Luck! Semoga sukses! Saya sokong!

    ReplyDelete
  2. Tok,
    Sukses! Terima kasih. Komen pertama.

    ReplyDelete
  3. Yes, insyaAllah akan sama memberi sokongan padu

    ReplyDelete
  4. Brader Geng, Zunar,
    Apa Khabar? Saya sokong

    ReplyDelete
  5. Kami sokong dari jauh...InsyaALLAH saya perpanjangkan info baik ini kepada rakan disini.
    Seiko ni narimasu youni

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diucapkan kepada saudara Azhar, Fudzail, Bennloh, Din_kita & Kartunis Gandum atas kunjungan dan sokongan.


    koncozunar,
    jOnOs

    ReplyDelete
  7. moga meletop!
    aku sokong seadanya..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin